Apakah Kepentingan Penggalakan Tenaga Lestari?

tenaga lestari

Dunia kini amat bergantung kepada penggunaan bahan api fosil seperti minyak petroleum, arang batu dan gas asli sebagai sumber utama tenaga dunia. Persoalanya adakah ketiga – tiga sumber tenaga utama ini memenuhi definisi pembangunan lestari?

Sumber tenaga lestari boleh ditakrifkan sebagai sumber tenaga yang boleh memenuhi keperluan manusia pada masa kini tanpa mengabaikan atau menafikan keperluan generasi akan datang. Dalam masa yang sama ia tidak memberi kesan terhadap pencemaran alam sekitar.

Tenaga Lestari ini penting bagi menangani 2 isu utama iaitu mengurangkan perubahan iklim dan mencapai jaminan tenaga melalui autonomi tenaga.

Mengapa Perubahan Iklim Ini Berbahaya?

Pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang berterusan disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil memberi kesan kepada perubahan iklim. Gas yang terperangkap di dalam atmosfera mempunyai pelbagai kesan ke atas ekosistem global seperti kenaikan paras laut, kemarau, cuaca yang melampau (EWE), pemanasan global dan lain-lain isu persekitaran.

Ini secara langsung memberi kesan yang memudaratkan kita seperti kehilangan nyawa dan harta benda. Akibatnya, akan menjejaskan ekonomi kawasan terlibat serta memberi kesan tidak langsung kepada perubahan iklum. Di peringkat global, negara-negara yang terlibat telah menyatakan janji bagi Intended Nationally Determined Contribution (INDC) di Persidangan ke-21 Conference of Parties (COP) di Paris pada penghujung 2015 untuk mengurangkan pelepasan karbon.

Malaysia dalam masa yang sama bercadang untuk mengurangkan intensiti KDNK gas rumah hijau (GHG) kepada 45% pada tahun 2030 berbanding dengan intensiti pelepasan KDNK pada tahun 2005. Ini terdiri daripada 35% tanpa syarat dan tambahan 10% secara bersyarat dengan adanya bantuan kewangan iklim, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti dari negara-negara maju.

Mengapa Kita Harus Mengambil Tahu Tentang Jaminan Tenaga?

Jika jaminan tenaga negara dicagar dengan mengimport bahan api, ianya bukanlah jaminan tenaga yang sebenar. Jaminan tenaga sebenar dicapai melalui autonomi tenaga, pendekatan seperti mengurangkan kebergantungan negara kepada bahan api yang diimport bagi membantu untuk menstabilkan ekonomi.

Di kebanyakan negara luar, pengalaman ini telah dipelajari dan terdapat peralihan tenaga boleh baharu untuk meningkatkan kebebasan tenaga mereka. Ahli ekonomi tenaga dan penganalisis telah bersetuju bahawa masa depan adalah di dalam sektor elektrik, khususnys tenaga boleh baharu (TBB), walaupun di peringkat global, bahan api fosil masih dapat dibekalkan.

Sebagai contoh, kajian telah mendapati bahawa kita mempunyai 500 tahun rizah arang batu, namun hakikatnya Bumi tidak boleh bertahan 500 tahun lagi dalam menghadapi peningkatan kosentrasi karbon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *