Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah memperkenalkan beberapa inisiatif solar PV solar untuk menggalakkan pemasangan Tenaga Boleh Baharu di Malaysia (Renewable Energy).
Salah satu isu utama yang diketengahkan oleh industri PV bermual 12 Julai 2018 adalah keperluan untuk menukar konsep Net Energy Metering (NEM, Pemeteran Tenaga Bersih) dari pengebilan tenaga bersih sedia ada kepada pemeteran tenaga bersih yang baru.
Ini akan membantu meningkatkan pulangan pelaburan PV solar di bawah Net Energy Metering (NEM). Berkuatkuasa pada 1 Januari 2019, Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) telah dipertingkatkan dengan mengamalkan konsep pemeteran tenaga bersih sebenar dan ini akan membolehkan tenaga solar PV yang dijana berlebihan untuk dieksport kembali ke grid pada kadar”one-on-one”, iaitu kadar import dan eksport yang sama.
Ini bermakna setiap 1kWh yang dieksport ke grid akan diimbangi daripada 1kWh yang digunakan dari grid, bukannya pada “Displaced Cost” seperti sebelumnya.
Secara ringkasnya, Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) adalah satu skim yang membolehkan penggunaan sendiri tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sistem Solar PV pengguna, sementara pada masa yang sama membolehkan penjualan tenaga berlebihan kepada pemegang lesen pengagihan (TNB) pada 1-kepada-1 diimbangi mengikut tarif pengguna.
Bagaimana Net Energy Metering (NEM) ini boleh mengurangkan bil elektrik pengguna?
Apakah Kelebihan Pemasangan Tenaga Solar?
Penjimatan Bil Elektrik – Dengan memasang solar PV, anda dapat menjana kuasa solar anda sendiri membantu anda menjimatkan bil elektrik anda di samping menyumbang kepada alam sekitar melalui penggunaan tenaga hijau.
Sumber Tenaga Boleh Baharu – Tenaga solar bukan sahaja tidak terhad dan lebih bersih, malah tenaga solar adalah sumber tenaga yang lebih lestari yang boleh anda gunakan.
Mesra Alam – Menggunakan solar sebagai sumber tenaga membantu menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan jejak karbon yang disebabkan oleh penjanaan kuasa konvensional.
Kos Penyelenggaraan Yang Rendah – Setiap peralatan yang kita gunakan kebiasaannya mempunyai jangka hayat dan jaminan produk. Jaminan bagi panel solar adalah sehingga 12 tahun dan 5 tahun bagi inverter.
Sistem Pemantauan – Setiap sistem solar NEM yang dipasang akan mempunyai sistem pemantauan masing-masing. Sistem ini membolehkan kontraktor pemasangan solar dan pengguna sendiri untuk memantau penghasilan tenaga yang dijana melalui sistem solar.
Ingin menyumbang kepada alam sekitar dan mengurangkan bil elektrik anda?
Hubungi kami di REVOTECH.
Can give rough quotation for a typical double storey terrace house roof. How much it cost and whas t is the roi (return of investment).. roughly.