Ramai yang menganggap tenaga solar dihasilkan dari haba yang terhasil dari matahari. Hakikatnya, tenaga solar dihasilkan daripada radiasi cahaya matahari. Matahari adalah sumber tenaga yang sangat kuat, dan sumber tenaga ini boleh dimanfaatkan dengan pemasangan panel solar.
Tahukah anda bahawa tenaga yang dihasilkan oleh matahari kepada bumi untuk tempoh satu jam, boleh mencapai keperluan penggunaan tenaga secara global untuk tempoh satu tahun? Kita hanya mampu memanfaatkan 0.001 peratus daripada tenaga tersebut.
Terdapat alasan mengapa tenaga solar telah menjadi satu topik hangat apabila berbicara tentang pembaharuan. Ketika ia dikritik secara meluas kerana harganya yang mahal dan tidak terlalu efisyen, tenaga solar kini telah terbukti menjadi sangat berguna. Tidak hanya untuk alam sekitar tetapi juga bagus jika diambil kira tentang faktor perbelanjaan.
Tambahan lagi, disebabkan oleh permintaan yang tinggi, teknologi telah ditambah baik dengan ketara, menjadi sumber tenaga yang bersih yang sangat berkesan.
Kelebihan Tenaga Solar
1. Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui
Dari semua kebaikan yang ada pada panel solar, perkara yang paling penting adalah tenaga solar ini boleh diperbaharui. Ia boleh dimanfaatkan di mana-mana kawasan diseluruh dunia dan sentiasa ada pada setiap hari.
Tenaga solar tidak akan habis, tidak seperti beberapa sumber tenaga yang lain. Tenaga solar akan sentiasa boleh dihasilkan selagi mana wujudnya matahari. Jadi, cahaya matahari akan sentiasa ada untuk kita sekurang-kurangnya selama 5 bilion tahun, iaitu tempoh sebelum matahari akan ‘mati’ mengikut kajian saintis.
2. Mengurangkan Bil Elektrik
Memandangkan tenaga solar mampu memberikan keperluan yang sama seperti mana yang anda mahukan dengan menggunakan tenaga elektrik, jadi ia akan mengurangkan bil anda. Berapa banyak yang anda boleh berjimat bergantung kepada saiz sistem solar tersebut dan juga tenaga elektrik atau penggunaan haba.
Malah, bukan sahaja anda boleh menjimatkan penggunaan elektrik, tetapi jika anda menjana lebih banyak tenaga elektrik daripada apa yang anda gunakan. Lebihan tersebut akan dieksport kembali ke grid dan anda akan menerima pembayaran bonus untuk jumlah tersebut (memandangkan sistem panel solar anda disambungkan ke grid).
Simpanan boleh terus berkembang jika anda menjual lebihan elektrik pada kadar yang tinggi pada siang hari dan kemudian membeli elektrik dari grid pada waktu petang ketika harganya adalah lebih rendah (di Malaysia boleh rujuk kepada TNB).
3. Pelbagai Aplikasi
Tenaga solar boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Anda boleh menjana elektrik (photovoltaics) atau haba (solar thermal). Tenaga solar boleh digunakan untuk menghasilkan elektrik di kawasan tanpa akses kepada grid tenaga, untuk menapis air di kawasan dengan bekalan air bersih yang terhad dan kepada satelit kuasa di ruang angkasa.
Tenaga solar juga boleh dimasukkan ke dalam bahan yang digunakan untuk pembinaan bangunan.
4. Kos Penyelenggaraan Yang Rendah
Sistem tenaga solar secara umumnya tidak memerlukan banyak penyelenggaraan. Anda hanya perlu memastikannya sentiasa bersih, jadi dengan membersihkannya beberapa kali dalam setahun sudah mencukupi.
Jika masih ragu-ragu, anda sentiasa boleh bergantung kepada syarikat pembersihan yang khusus, dengan kos yang tidaklah begitu tinggi. Pengeluar panel solar yang boleh dipercayai selalunya memberikan jaminan sehingga 20-25 tahun.
Malah, disebabkan ia tidak mempunyai mana-mana bahagian yang bergerak, jadi tidak ada bahagian yang akan haus dan lusuh.
Inverter adalah satu-satunya bahagian yang perlu ditukar selepas 5-10 tahun kerana ia secara berterusan berfungsi untuk menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik dan haba.
Selain inverter, kabel-kabel yang ada juga memerlukan penyelenggaraan untuk memastikan sistem tenaga solar anda berjalan dengan kecekapan maksimum. Oleh itu, selepas menampung kos awal sistem solar, anda hanya memerlukan perbelanjaan yang rendah untuk penyelenggaraan dan kerja pembaikan.
5. Pembangunan Teknologi Yang Sentiasa Berkembang
Teknologi dalam industri tenaga solar sentiasa berkembang maju dan peningkatan akan terus berlaku pada masa akan datang. Inovasi dalam quantum physics dan nanotechnology berpotensi meningkatkan keberkesanan panel solar dan mampu meningkatkan input elektrik sistem tenaga solar secara berganda, atau mungkin juga sebanyak tiga kali ganda.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, solar adalah sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan teknologi di dalam industri solar semakin berkembang dari tahun ke tahun.
Walaubagaimanapun ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskan samada penggunaannya adalah bagus atau tidak, dan ia boleh diputuskan dengan mengambil tahu tentang kelebihan, kebaikan dan juga keburukan yang ada jika mahu mengaplikasikannya.
Sekiranya anda berminat untuk memasang solar pada bumbung rumah anda untuk skim Net Energy Metering (NEM) mahupun untuk kegunaan sendiri (SELCO), hubungi kami di REVOTECH. Kami sedia membantu anda.
In conclusion, solar is a renewable energy source and technology in the solar industry is growing from year to year.
However, it is up to each individual to decide whether its use is good or not, and it can be decided by taking into account the advantages, pros and cons of it if you want to apply it.
If you are interested in installing solar on the roof of your home for Net Energy Metering (NEM) scheme or for personal use (SELCO), contact us at REVOTECH. We are ready to help you
masih ramai yg x tau kebaikkan tenaga solar, mungkin sbb kos juga..
Benar tuan.
Bagaimana cara untuk menentukan kapasiti kuasa solar yg bersesuaian untuk dipasang dirumah saya? adakah kita perlu merujuk kepada purata pengunaan kuasa elektrik setiap bulan ataupun ianya tiada had pemasangan. dan apa akan terjadi sekiranya kuasa solar yang dihasilkan melebihi penggunaan kita setiap bulan?
Terima kasih Tuan Adi. Soalan yang bagus. Kapasiti kuasa solar yang bersesuaian biasanya berdasarkan purata kadar penggunaan dan juga bajet tuan untuk pemasangan sistem solar.
Salam…adakah ianya sesuai untuk digunakan untuk industri kolam udang yang berkapasiti besar…
Wasalam. Sangat sesuai jika ada ruangan bumbung untuk pemasangan solar.