Apakah Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering) NEM 3.0?

Program Pemeteran Tenga Bersih 3.0 ataupun Net Energy Metering 3.0 akan ditawarkan mulai Februari 2021 hingga 2023 dengan kuota 500MW yang diperuntukkan. Tiga inisiatif utama akan diperkenalkan untuk meningkatkan lagi penggunaan tenaga solar. Antara yang diperkenalkan di antara inisiatif ini adalah “NEM maya” – membolehkan sektor komersial dan industri mengedarkan tenaga solar secara maya.

Tiga inisiatif utama ini adalah:
• Program NEM Rakyat
• Program NEM GoMEn (Kementerian dan Entiti Kerajaan)
• Program NOVA (Gabungan Maya Offset Bersih)

net-energy-metering-3.0

Program NEM Rakyat (untuk pemilik rumah)

Program ini bertujuan untuk mengurangkan bil tenaga elektrik dengan menjana elektrik bagi kegunaan sendiri melalui penggunaan sistem solar PV. Kadar nisbah offset tenaga adalah pada 1: 1. Tempoh roll-over pula adalah selama 12 bulan sementara saiz sistem solar PV solar maksimum yang boleh dipasang oleh pemilik rumah ialah 4kWac bagi fasa tunggal dan 10kWac bagi tiga fasa.

Program NEM Rakyat mempunyai kuota 100MW yang diperuntukkan dan bermula 1 Februari 2021 dengan jangka masa kontrak 10 tahun untuk pemohon yang berjaya. Program ini berlangsung sehingga kuota telah diperuntukkan sepenuhnya atau pada 31 Disember 2023 (mana-mana yang lebih awal).

Program NEM GoMEn (Kementerian dan Entiti Kerajaan)

Program NEM GoMEn pula bertujuan untuk mengurangkan bil tenaga bangunan kerajaan melalui penggunaan sistem solar PV. Kadar nisbah offset tenaga adalah pada 1: 1. Tempoh roll-over adalah selama 12 bulan. Saiz sistem solar PV maksimum yang dibenarkan ialah 1MWac bagi setiap akaun.

Program NEM GoMEn diperuntukkan kuota sebanyak 100MW dan bermula 1 Februari 2021 dengan jangka masa kontrak 10 tahun untuk pemohon yang berjaya. Program ini berlangsung sehingga kuota telah diperuntukkan habis sepenuhnya atau pada 31 Disember 2023 (mana-mana yang lebih awal).

Program NOVA (Komersial & Perindustrian)

Program NOVA (Net Offset Virtual Aggregation) pula bertujuan untuk mengurangkan kos perniagaan melalui penggunaan sistem solar PV oleh sektor komersial dan perindustrian, program NOVA membolehkan pemohon yang berjaya:

i. Menggunakan elektrik yang dihasilkan dengan sistem solar PV.
ii. Menjual lebihan elektrik (dihasilkan dengan sistem solar PV) kembali ke grid pada kadar pasaran atau System Marginal Price (SMP). Elektrik yang dijual akan ditukar menjadi kredit dan akan ditunjukkan dalam bil elektrik bulan berikutnya.
iii. Offset lebihan elektrik (dihasilkan dengan sistem solar PV) dengan mengagihkannya melalui agregat maya hingga 3 akaun bil elektrik yang berbeza dengan nama yang sama.

Program NOVA mempunyai kuota 300MW yang diperuntukkan dan bermula 1 April 2021 dengan jangka masa kontrak 10 tahun untuk pemohon yang berjaya. Program ini dibuka dan boleh dipohon sehingga kuota telah diperuntukkan sepenuhnya atau pada 31 Disember 2023 (mana yang lebih dahulu). Lebih banyak maklumat akan dikeluarkan sebelum tarikh pelancaran.

Berminat untuk pemasangan solar? Boleh hubungi kami untuk sebarang persoalan mengenai sistem solar.



Facebook Comments