7 Sebab Mengapa Anda Patut Menggunakan Tenaga Solar

revotech solar

Ramai yang bertanya “Apa kebaikan tenaga solar?” tetapi mereka gagal menyedari kepentingan teknologi solar. Tenaga solar telah menjadi trend dalam tenaga boleh baharu (TBB). Ramai pemilik rumah di seluruh dunia memilih untuk memasang panel solar di atas bumbung rumah mereka. Tenaga solar bukan sahaja menjimatkan kos pada jangka panjang, tetapi terdapat juga sebab-sebab lain yang penting mengapa anda perlu menggunakan tenaga solar dan bukan bahan bakar fosil.

1. Tenaga Solar Baik untuk Persekitaran

Tenaga solar ialah sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui. Tenaga solar adalah cara terbaik untuk mengurangkan jejak karbon dan ia tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar. Bukan itu sahaja, tenaga boleh diperbaharui ini tidak melepaskan sebarang gas rumah hijau. Ia hanya memerlukan sumber air bersih untuk berfungsi. Oleh itu, ia selamat dan mesra alam. Namun, masih terdapat ramai orang terutama di Malaysia yang masih ragu-ragu mengapa tenaga suria adalah baik.

Kita boleh mulakan langkah menjaga alam sekitar dengan memasang panel suria di atas bumbung rumah. Lagipun ia adalah cara yang selamat dan mudah untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

2. Mengurangkan Kos Tenaga Elektrik

Penurunan kos panel solar telah menyumbang kepada peningkatan dalam penggunaan tenaga solar. Kita sedia maklum, tenaga tradisional sangat bergantung kepada bahan api fosil seperti arang batu dan gas asli. Bukan sahaja tidak baik untuk alam sekitar tetapi juga ia sumber terhad.

Berbeza dengan elektrik suria, anda tidak perlu risau berapa banyak elektrik anda perlu bayar. Dengan melabur dalam sistem solar 4kW, yang merupakan saiz domestik yang paling biasa, anda dapat mengelakkan diri daripada kenaikan harga utiliti yang tidak menentu. Anda juga dapat menikmati elektrik murah sepanjang hari.  Lagipun matahari adalah percuma dan tidak akan habis.

Sebaik sahaja anda memasang panel solar di atas bumbung  rumah, anda secara teknikal mencapai status bebas tenaga. Untuk mendapat lebih penjimatan elektrik, anda boleh ikut tips di SINI.

3. Tenaga Solar Boleh Digunakan Pada Kawasan Tanah Terbiar

Di mana-mana negara, pasti terdapat tanah yang luas yang jauh dari bandar besar atau kota yang tidak digunakan untuk apa-apa pun. Tanah terbiar ini sebenarnya dapat dimanfaatkan dengan membangunkan ladang suria. Dengan cara ini, kita tidak perlu menggunakan tanah berharga tinggi yang mungkin lebih sesuai untuk perkara lain.

Ladang suria panel digunakan untuk menuai tenaga solar dalam jumlah besar. Daripada tanah dibiarkan lebih baik ia digunakan untuk menjana tenaga solar. Ia bukan sahaja mengurangkan pergantungan terhadap kuasa tradisional tetapi juga dapat menjaga alam sekitar. Sebagai contoh, sebuah ladang suria seluas 45 ekar telah dibina di UK baru-baru ini mampu menguasai 2,500 rumah.

4. Tenaga Solar Mengurangkan Kehilangan Elektrik

Elektrik perlu diangkut dari loji kuasa besar kepada pengguna akhir melalui rangkaian yang luas. Penghantaran jarak jauh bererti kehilangan tenaga. Tidak seperti panel solar ia berada di atas bumbung rumah anda untuk mendapatkan tenaga dari matahari. Kuasa suria pada bumbung membantu dalam meningkatkan kecekapan tenaga elektrik. Tenaga anda menjadi domestik dan hasilnya anda mengawal bil dan penggunaan tenaga anda sendiri. Selain itu, sistem tenaga solar adalah tahan lama dan gangguan tenaga elektrik adalah kurang.

5. Tenaga Solar Lebih Selamat

Apabila anda menggunakan tenaga solar, anda tidak perlu berhadapan dengan masalah blackout lagi. Jika panel solar anda menjana lebih elektrik, lebihan tersebut akan dieksport kembali ke grid dan anda akan menerima pembayaran bonus untuk jumlah tersebut.

6. Tenaga Solar Menawarkan Pekerjaan

Tenaga solar boleh membantu ekonomi negara kita. Lebih ramai orang memilih solar, maka lebih banyak keperluan untuk syarikat memasang panel solar. Ini sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan tambahan untuk pekerja mahir, dan seterusnya mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

7. Tenaga Solar Adalah Sumber Tenaga Percuma

Matahari memberikan kita sumber tenaga percuma lebih daripada yang kita gunakan dan tiada siapa yang boleh memonopoli cahaya matahari. Sistem tenaga suria mula menjimatkan wang dari saat ia diaktifkan, bagaimanapun kelebihan tenaga suria dapat dilihat dalam jangka panjang. Semakin lama anda menggunakan sistem tenaga solar, semakin banyak manfaat teknologi solar anda nikmati dan sekaligus baik anda menjaga alam sekitar.

It’s really kind of cool to have solar panels on your roof

Bill Gates

Dengan sistem solar pada bumbung rumah yang diperkenalkan oleh SEDA untuk skim Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Meteing, NEM), kita boleh mengurangkan bil elektrik bulanan sekurang-kurangnya RM220 dan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 88 tan.

Facebook Comments

2 thoughts on “7 Sebab Mengapa Anda Patut Menggunakan Tenaga Solar

  1. Atin b Amin says:

    Mohon pencerahan sistem solar rumah kediaman. Pemasangan Dan Kos .
    Pekej2 YG ditawarkan.
    tq

Comments are closed.